Tuesday, December 16, 2008

TERKINI TENTANG AHLI RADA BATU PAHAT

Salam ;
Untuk makluman pengunjung blog, ahli RADA Batu Pahat setakat ini seramai 67 orang berkat usaha pegawai AADK dengan dibantu ahli-ahli RADA yang sedia ada. Promosi untuk keahlian RADA ini telah dilakukan di 3 lokasi iaitu 1) Program Lepak Positif 2) Tapak pameran Kejohana Lumba Basikal di Ayer Hitam 4) Program Mass Cpr di Summit Parade Batu Pahat. Alhamdulillah, ramai yang berminat untuk menyertai Program Rakan Anti Dadah (RADA) ini. Usaha tetap dijalankan oleh ahli-ahli RADA yang sedia ada untuk menambahkan keahlian dan sasarannya lebih dari 100 orang. RADA Batu Pahat juga merancang untuk membuat jelajah untuk mempromosikan RADA di seluruh Batu Pahat melalui penghulu-penghulu mukim, Kawasan-kawasan Parlimen, Badan - badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ketua-ketua kampung, kawasan perindustrian, institut pengajian tinggi (IPTA/IPTS) dan tempat-tempat yang difikirkan sesuai untuk promosi RADA.
Di harapkan dengan bertambahnya keahlian RADA di daerah Batu Pahat ini maka akan banyaklah usaha mencegah masalah najis dadah ini dan seterusnya dapat membantu kerajaan untuk merealisasikan impian negara ke arah bebas dada 2015.
RADA BATU PAHAT

No comments: