Sunday, August 30, 2009

PROGRAM KOMUNITI BEBAS DADAH (GEMPADAH) PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua ahli RADA. Agak lama blog ini tidak dikemaskini, kami mohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat memberikan input-input terbaru kepada semua ahli-ahli RADA kerana tidak ada apa bahan yang hendak dipaparkan.

Pada 29 Ogos 2009 (Sabtu) -telah diadakan satu program komuniti bebas dadah (GEMPADAH) penghayatan bulan ramadhan anjuran AADK Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Darul Mustaqim , Kampung Parit Lapis mukim V Simpang Kanan Batu Pahat .




Antara acara yang diadakan ialah tadzkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ybhg Al-Fadhil Al- Ustaz Hasbullah b Kusni daripada Pejabat Agama Islam Daerah Batu Pahat. Selepas itu berbuka puasa , solat maghrib berjemaah , makan malam , solat isya' dan terawih berjemaah dan bersurai. Dianggarkan hampir 100 orang yang hadir pada program tersebut.

Antara objektif program ialah :

- Menyedarkan dan menggerakkan masyarakat untuk sama-sama memerangi masalah penyalahgunaan dadah terutama dalam komuniti sendiri.

- Menjadikan agama sebagai benteng utama yang mampu mengelakkan seseorang itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

- Untuk menguatkan jati diri golongan masyarakat dengan mengukuhkan asas keagamaan diri dengan mematuhi serta melakukan ibadah-ibadah wajib dalam agama.

- Mendekatkan AADK dengan masyarakat, keluarga penagih dan golongan yang berisiko tinggi terlibat dengan dadah.


Gambar-gambar program akan kami siarkan di episod akan datang




RADA Batu Pahat