Wednesday, November 26, 2008

PROGRAM LEPAK POSITIF GERAKAN BELIA 4B DENGAN KERJASAMA AADK DAERAH BATU PAHAT



Gerakan Belia 4B (M) Parlimen Sri Gading dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Batu Pahat menganjurkan program lepak positif seperti kenyataan banner di atas. Di dalam program tersebut diadakan pelbagai aktiviti - aktiviti antidadah , anti rempit dan pelbagai aktiviti yang berguna seperti sembang-sembang belia benci dadah oleh pegawai AADK. Didalam program tersebut akan diterangkan juga mengenai peranan RADA yang mana perananya lebih kepada golongan muda untuk membanteras gejala najis dadah.
Kepada belia/beliawanis yang berkelapangan dipersilakan hadir bagi memeriahkan lagi program yang akan diadakan itu nanti.
RADA

PELANCARAN RAKAN ANTIDADAH [RADA] PERINGKAT KEBANGSAAN


Ketibaan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan


Ucapan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan

Ucapan Perasmian Oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri


Gimik Pelancaran


RADA Batu Pahat


Tetamu VIP (Pengarah-pengarah Negeri)

Bersama Penceramah Taklimat RADA


Lawatan Pameran AADK Wilayah


Lawatan Pameran PDRM


Delegasi RADA Batu Pahat

PROGRAM RAKAN ANTI DADAH [RADA]

PROGRAM RAKAN ANTIDADAH [RADA]


Maklumat Am

Program Rakan Antidadah [RADA]
-Satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 18 tahun dan ke atas.
-Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing.


Objektif Program Rakan Antidadah [RADA]

-Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya.
-Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri.
-Meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran belia tentang penyalahgunaan dadah.
-Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah.
-Menggemblengkan seluruh tebaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi.
-Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong menolong.
-Bantu-membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah.
-Memperkembangkan aktiviti antidadah dalam kalangan belia.
-Menggerakkan belia bagi memastikan setiap keluarga , tempat kerja dan komuniti bebas dadah.


Fungsi Program Rakan Antidadah [RADA]

-Penyampaian perkhidmatan berkesan
-Pasukan berdisplin
-Pasukan sukarelawan
-Agen pengumpul dan penyebar maklumat
-Kenapa anda perlu menjadi ahli RADA?
-Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia
-Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripada dadah
-Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti
-Boleh memberi khidmat yang bererti kepada komuniti
-Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti


Bagaimana mahu menjadi ahli RADA?

Permohonan untuk menjadi ahli RADA hendaklah mengisi borang ahli yang boleh didapati di :
PUSAT KHIDMAT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN BATU PAHAT
5A, Wisma Dahlia , Jalan Dahlia , Taman Dahlia
83000, Batu Pahat, Johor.
Tel : -074341220