Tuesday, October 20, 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG GEMPADAH KLUSTER

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam seja
htera dan Salam 1 Malaysia

Satu program Gotong Royong Siri 1/2009 (GEMPADAH KLUSTER) Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Batu Pahat akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Balai Raya Taman Nira Batu Pahat

Program ini dijalankan adalah untuk membersihkan sarang penagihan dadah dilokasi berkenaan yang merupakan kawasan berisiko di daerah ini.

Semua Rakan Antidadah (RADA) yang mengikuti blog ini diharapkan dapat mengambil bahagian dalam program ini.


Sekian untuk makluman


gambar hiasan

Terima kasih



RADA BP

Sunday, August 30, 2009

PROGRAM KOMUNITI BEBAS DADAH (GEMPADAH) PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua ahli RADA. Agak lama blog ini tidak dikemaskini, kami mohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat memberikan input-input terbaru kepada semua ahli-ahli RADA kerana tidak ada apa bahan yang hendak dipaparkan.

Pada 29 Ogos 2009 (Sabtu) -telah diadakan satu program komuniti bebas dadah (GEMPADAH) penghayatan bulan ramadhan anjuran AADK Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Darul Mustaqim , Kampung Parit Lapis mukim V Simpang Kanan Batu Pahat .




Antara acara yang diadakan ialah tadzkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ybhg Al-Fadhil Al- Ustaz Hasbullah b Kusni daripada Pejabat Agama Islam Daerah Batu Pahat. Selepas itu berbuka puasa , solat maghrib berjemaah , makan malam , solat isya' dan terawih berjemaah dan bersurai. Dianggarkan hampir 100 orang yang hadir pada program tersebut.

Antara objektif program ialah :

- Menyedarkan dan menggerakkan masyarakat untuk sama-sama memerangi masalah penyalahgunaan dadah terutama dalam komuniti sendiri.

- Menjadikan agama sebagai benteng utama yang mampu mengelakkan seseorang itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

- Untuk menguatkan jati diri golongan masyarakat dengan mengukuhkan asas keagamaan diri dengan mematuhi serta melakukan ibadah-ibadah wajib dalam agama.

- Mendekatkan AADK dengan masyarakat, keluarga penagih dan golongan yang berisiko tinggi terlibat dengan dadah.


Gambar-gambar program akan kami siarkan di episod akan datang




RADA Batu Pahat

Sunday, March 29, 2009

PROGRAM SANTAI BERSAMA RAKAN ANTIDADAH (RADA) BATU PAHAT

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN


Makluman kepada semua ahli Rakan Antidadah (RADA) Batu Pahat, satu program santai bersama RADA BP akan di adakan pada ketetapan yang berikut :


Tarikh : 8 April 2009 (Rabu)

Masa : Mulai jam 7.00 pagi

Tempat : Taman Rekreasi Tasek Y Batu Pahat

Acara : J-Robik, Poco - Poco, Sembang santai dll.


Di harapkan semua ahli RADA BP dapat hadir bersama-sama bagi menjyakan program ini dan seterusnya memantapkan RADA BP yang telah diwujudkan ini.


RADA BP

JAWATANKUASA RAKAN ANTI DADAH (RADA) DAERAH BATU PAHAT 2009 - 2010

JAWATANKUASA RAKAN ANTIDADAH ( RADA )
DAERAH BATU PAHAT
2009-2010


PENASIHAT
EN HAMIZAN B HAIDZIR
Penolong Pengarah Bahagian Pengcegahan AADK Negeri Johor




PENGERUSI

CIK HAJAH AZIZAH BTE SUDIN
Ketua Pegawai AADK Daerah Batu Pahat



URUSETIA
EN DZULKIFLI B ISNAIN
Penolong Pegawai Pencegahan AADK Batu Pahat




TIMBALAN PENGERUSI


SDR. SAHRUL ANUAR B SAIM



SETIAUSAHA
CIK NUR ZAIMAH ZUNAH BTE NORJAN




BIRO SOSIAL & KEBAJIKAN
Sdr. Izzudin Rashid Mohd Shukeree
Cik Nurul Hidayah bte Norashikin

BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN
Sdr. Azraaie b Mohd Noor
Cik Siti Khadijah bte Md Tap
BIRO PUBLISITI
Radin Mohd Afiq b Radin Sharudin
Cik Nurul Aida bte Toha

BIRO SUKAN & REKREASI
Sdr. Mohamad Rasul C.A Rahman
Sdr. Idham Shukri b Ishak




RADABP

Tuesday, February 24, 2009

Perjumpaan dan Taklimat Rakan Antidadah (RADA) Batu Pahat

Dimaklumkan satu perjumpaan dan taklimat akan diadakan kepada semua ahli-ahli RADA Daerah Batu Pahat sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat Khidmat AADK Daerah Batu Pahat
No. 5A, Jalan Dahlia, Taman Dahlia

Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-4341220..

Semua ahli dijemput hadir...

Wednesday, February 11, 2009

PROGRAM PELANCARAN RADA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Assalammualaikum....


Majlis pelancaran Rakan Antidadah ( RADA ) Peringkat Negeri Johor akan diadakan pada 15 Februari 2009 bertempat di Politeknik Johor Bahru dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Kami difahamkan majlis pelancaran akan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mahmood Nazar Timbalan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.

Program ini akan disertai oleh pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi awam seluruh negeri johor.Dalam majlis tersebut akan diadakan taklimat mengenai RADA dari segi fungsi sebagai ahli RADA,faedah-faedah menjadi ahli RADA dan sebagainya.


Sekian, terima kasih untuk makluman semua.


RADA BATU PAHAT

Tuesday, December 16, 2008

TERKINI TENTANG AHLI RADA BATU PAHAT

Salam ;
Untuk makluman pengunjung blog, ahli RADA Batu Pahat setakat ini seramai 67 orang berkat usaha pegawai AADK dengan dibantu ahli-ahli RADA yang sedia ada. Promosi untuk keahlian RADA ini telah dilakukan di 3 lokasi iaitu 1) Program Lepak Positif 2) Tapak pameran Kejohana Lumba Basikal di Ayer Hitam 4) Program Mass Cpr di Summit Parade Batu Pahat. Alhamdulillah, ramai yang berminat untuk menyertai Program Rakan Anti Dadah (RADA) ini. Usaha tetap dijalankan oleh ahli-ahli RADA yang sedia ada untuk menambahkan keahlian dan sasarannya lebih dari 100 orang. RADA Batu Pahat juga merancang untuk membuat jelajah untuk mempromosikan RADA di seluruh Batu Pahat melalui penghulu-penghulu mukim, Kawasan-kawasan Parlimen, Badan - badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ketua-ketua kampung, kawasan perindustrian, institut pengajian tinggi (IPTA/IPTS) dan tempat-tempat yang difikirkan sesuai untuk promosi RADA.
Di harapkan dengan bertambahnya keahlian RADA di daerah Batu Pahat ini maka akan banyaklah usaha mencegah masalah najis dadah ini dan seterusnya dapat membantu kerajaan untuk merealisasikan impian negara ke arah bebas dada 2015.
RADA BATU PAHAT