Wednesday, November 26, 2008

PROGRAM RAKAN ANTI DADAH [RADA]

PROGRAM RAKAN ANTIDADAH [RADA]


Maklumat Am

Program Rakan Antidadah [RADA]
-Satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 18 tahun dan ke atas.
-Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing.


Objektif Program Rakan Antidadah [RADA]

-Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya.
-Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri.
-Meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran belia tentang penyalahgunaan dadah.
-Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah.
-Menggemblengkan seluruh tebaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi.
-Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong menolong.
-Bantu-membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah.
-Memperkembangkan aktiviti antidadah dalam kalangan belia.
-Menggerakkan belia bagi memastikan setiap keluarga , tempat kerja dan komuniti bebas dadah.


Fungsi Program Rakan Antidadah [RADA]

-Penyampaian perkhidmatan berkesan
-Pasukan berdisplin
-Pasukan sukarelawan
-Agen pengumpul dan penyebar maklumat
-Kenapa anda perlu menjadi ahli RADA?
-Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia
-Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripada dadah
-Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti
-Boleh memberi khidmat yang bererti kepada komuniti
-Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti


Bagaimana mahu menjadi ahli RADA?

Permohonan untuk menjadi ahli RADA hendaklah mengisi borang ahli yang boleh didapati di :
PUSAT KHIDMAT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN BATU PAHAT
5A, Wisma Dahlia , Jalan Dahlia , Taman Dahlia
83000, Batu Pahat, Johor.
Tel : -074341220

1 comment:

Anonymous said...

sy skg ahli RADA so sy rasa nk join terus or berkerje dengan AADK untk bantras dadah.. sy ada sdikit pngalamam kendalikn aktiviti or program bina ihsan or aktiviti lasak.so cm mana nk daftar masuk AADK?????